Sunday, October 5, 2008


DISEBALIK LIMA JARI

Jari Kelingking

Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insane dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.


Jari Manis

Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?


Jari Hantu

Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personality dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang dating menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Jari Telunjuk

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.


Jari Ibu

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.


PETUA DAN NASIHAT

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong,dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Tuesday, September 23, 2008


Kelemahan itulah kecantikan wanita


Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….
Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…
tercipta sebagai pembenteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…
kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih..


Selamat Hari Raya...
Kepada rakan-rakan yang ku sayangi sekalian....
Dikesempatan ini ku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas salah dan silapku selama ini...
Semoga lebaran tahun ini membawa seribu satu makna kepada
anda semua...
Maaf zahir & batin....